Temui standard emas
dalam perlindungan
dana pelanggan

Perlindungan percuma ditaja jamin oleh Lloyd's
Dana pelabur diinsuranskan sehingga €2.5 juta
Disediakan untuk semua pelanggan di bawah FXPRIMUS dan Primus Markets INTL Ltd.

Buka akaun anda dan MULA BERDAGANG!

PERLINDUNGAN BAKI NEGATIF
SOKONGAN PIHAK KETIGA UNTUK PENGELUARAN
INSTITUSI PERBANKAN PERINGKAT TERTINGGI
DANA PELANGGAN DIASINGKAN
PEMBROKERAN DIAUDIT SEPENUHNYA
BERLESEN & DIKAWAL SELIA SEPENUHNYA OLEH CySEC

 

Pelaburan anda kini diberikan perlindungan insurans, secara PERCUMA

FXPRIMUS berusaha secara berterusan untuk kekal sebagai Tempat Paling Selamat Untuk Berdagang dengan menghasilkan inovasi termaju dalam pasaran dalam bidang keselamatan. Kami dikawal selia oleh CySEC, beroperasi dengan cara yang mematuhi MiFID dan kami ahli Dana Pampasan Pelabur.

FXPRIMUS juga telah mengambil langkah selanjutnya dengan memulakan langkah-langkah keselamatan yang tidak boleh didapati di tempat lain dalam industri ini. Kami ialah broker FX pertama yang melantik pihak ketiga, Boudica Client Trust, untuk memantau pengeluaran dan memastikan langkah ini dijalankan tanpa menyebabkan kelewatan terhadap permintaan pelanggan. 

FXPRIMUS menawarkan standard emas dalam perlindungan dana pelanggan. Selain perlindungan sedia ada yang dimandatkan oleh CySEC melalui Dana Pampasan Pelabur, FXPRIMUS telah mengambil langkah yang tidak pernah ada sebelum ini dengan menawarkan perlindungan insurans tambahan bernilai sehingga EUR2,500,000 juta untuk Pelanggannya.  

Insurans pelanggan ini ditawarkan kepada pelanggan kami secara percuma sepenuhnya dan paling penting, perlindungan ini ditaja jamin oleh Lloyd's.


Lihat sijilnya di sini  

MEKANISME KESELAMATAN KAMI

PEMANTAUAN PIHAK KETIGA UNTUK PENGELUARAN PELANGGAN

FXPRIMUS telah menetapkan penanda aras industri baru dalam keselamatan dana, dengan melantik pihak ketiga - Boudica Client Trust untuk menyelia permintaan pengeluaran bagi akaun pelanggan.

DANA PELANGGAN DIASINGKAN DARIPADA DANA SYARIKAT

Dana anda ditadbir secara berasingan sepenuhnya daripada dana kami. Ini bermakna, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini yang menyebabkan Syarikat tidak dapat memenuhi kewajipannya, dana anda masih dilindungi.

DIAUDIT SEPENUHNYA

Syarikat kami diaudit secara bebas, di peringkat dalaman dan luaran. Langkah ini bertujuan untuk memberikan jaminan kepada para pelanggan bahawa kami dengan sebaik mungkin akan bertindak dengan cara yang terbuka dan bersih, serta menggunakan dasar yang adil seperti yang dikuatkuasakan oleh pihak pengawal selia ke atas kami.

DIKAWAL SELIA EU

Kami dikawal selia oleh CySEC dan beroperasi dengan cara yang mematuhi MiFID (Perintah Pasaran dalam Instrumen Kewangan).

PERLINDUNGAN BAKI NEGATIF.

Ekuiti anda dilindungi daripada turun naik pasaran yang melampau dan tidak akan menjadi negatif. Di FXPRIMUS, kami menanggung sebarang kerugian anda yang melebihi baki akaun anda.

INSTITUSI PERBANKAN PERINGKAT TERTINGGI.

FXPRIMUS bekerjasama dengan institusi perbankan antarabangsa untuk menyediakan kecairan kepada para Pelanggan.

Why FXPRIMUS is The Safest Place to Trade!

PERSEKITARAN KAWAL SELIA

CySEC ialah badan kawal selia kewangan yang diberikan mandat untuk menyelia firma pelaburan di Cyprus. FXPRIMUS diberikan lesen oleh CySEC (nombor lesen 261/14).

FXPRIMUS mematuhi lesen/peraturannya dengan apa-apa jua cara, dengan Perintah Eropah berkenaan perkhidmatan pelaburan yang dikenali sebagai MiFID (Perintah Pasaran dalam Instrumen Kewangan).

CMC ialah pihak berkuasa kompeten Greek untuk menyelia penggunaan undang-undang sekuriti dan dibiayai oleh yuran yang dibayar oleh entiti yang diselia.

Tugas HFSA ialah untuk menggalakkan pembangunan pasaran kewangan berdasarkan persaingan yang adil di Hungary.

CNMV ialah agensi kerajaan Sepanyol yang bertanggungjawab untuk peraturan kewangan bagi pasaran sekuriti di Sepanyol.

CONSOB mengawal selia perkhidmatan pelaburan dan operasi pengantara, kewajipan untuk melaporkan bagi syarikat yang disenaraikan di pasaran terkawal dan permintaan pelaburan daripada orang awam di Itali.

FCA mengawal selia firma kewangan yang menyediakan perkhidmatan kepada pengguna dan mengekalkan integriti pasaran kewangan UK. FXPRIMUS berdaftar dengan FCA di bawah nombor pendaftaran 697814.

FSA ialah pihak berkuasa penyeliaan kewangan Sweden. Peranan mereka ialah untuk menggalakkan kestabilan dan kecekapan sistem kewangan dan juga memastikan perlindungan pengguna yang berkesan.

Tugas utama FSA Norway ialah untuk menyelia pematuhan terhadap perundangan kewangan oleh perusahaan kewangan dan pengeluar sekuriti serta pelabur dalam pasaran sekuriti.

FXPRIMUS ialah ahli ICF (Dana Pampasan Pelabur). Semua pelanggan runcit diberikan perlindungan insurans sehingga €20,000 setiap satu, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini menyebabkan syarikat tidak dapat memenuhi kewajipannya.

KNF ialah pihak berkuasa kompeten Poland yang bertujuan untuk menyelia pasaran kewangan dan memastikan fungsi pasaran yang betul, kestabilan, keselamatan dan ketelusan, serta untuk memastikan bahawa kepentingan peserta pasaran dilindungi.

CNB menyelia sektor perbankan, pasaran modal, industri insurans, dana pencen, kesatuan kredit, biro pertukaran wang dan institusi sistem pembayaran.

NBS (National Bank of Slovakia), sebagai sebahagian daripada penyeliaan pasaran kewangan, melaksanakan penyeliaan bursa saham, tempat simpanan pusat bagi sekuriti, pengeluar sekuriti, Dana Jaminan Pelaburan, pelaburan kolektif, firma pelaburan, mengambil alih bida dan squeeze-out dan tawaran awam.

ACPR ialah pihak berkuasa pentadbiran bebas yang memantau aktiviti bank dan syarikat insurans di Perancis.

BaFin ialah pihak berkuasa kawal selia kewangan untuk Jerman.

CSSF bertanggungjawab untuk peraturan kewangan di Luxembourg dan pihak berkuasa kompeten untuk pengawasan juruaudit awam.

TRADE NOW Buka Akaun Demo

Dagangan pada margin melibatkan tahap risiko yang tinggi.

Fx Primus Europe (CY) Ltd, berdagang di bawah nama dagangan FXPRIMUS, dikawal selia oleh CySEC, no. lesen 261/14 dan dilindungi polisi insurans yang disokong oleh Lloyd sehingga EUR2.5 juta bagi setiap tuntutan.

Penafian Risiko: Sila ambil perhatian bahawa dagangan forex dan dagangan dalam produk leveraj yang lain melibatkan tahap risiko yang tinggi dan tidak sesuai untuk sesetengah pelabur. Dagangan dalam instrumen kewangan mungkin menyebabkan kerugian dan juga menghasilkan keuntungan dan kerugian anda boleh melebihi modal permulaan yang anda laburkan. Anda perlu memastikan bahawa anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan mendapatkan nasihat daripada pihak bebas jika perlu, sebelum membuat sebarang transaksi yang sedemikian. Baca pendedahan risiko penuh kami.

FXPRIMUS tidak menawarkan perkhidmatannya kepada penduduk di bidang kuasa tertentu seperti: Afghanistan, Cote d'Ivoire, Cuba, Iran, Libya, Myanmar, Korea Utara, Sudan, Puerto Rico, Amerika Syarikat and Australia, Syria, Jepun dan Ecuador. © Hak Cipta 2017 FXPRIMUS. Hak Cipta Terpelihara.

customer service software