Di FXPRIMUS, kami percaya bahawa adalah penting untuk kami mengekalkan hubungan peribadi dengan anda, para pelanggan dan rakan kongsi kami yang dihargai. Melalui penyertaan kami dalam acara dan seminar berprofil tinggi, kini giliran kami pula untuk mencipta peluang buat anda, individu yang kami hargai, dan membantu mempertingkatkan kepakaran dagangan atau prospek perniagaan anda.



Kunjungi kami, di salah satu daripada pelbagai peristiwa utama yang dijalankan di seluruh dunia, dan temui pasukan bertaraf dunia kami yang sentiasa bekerja demi memastikan anda mencapai kejayaan bersama FXPRIMUS - Tempat Paling Selamat Untuk Berdagang

 
 

THE MONEY FAIR

SHANGHAI

02.12.2016
 

IFX EXPO 2016

Limassol

24.05.2016
 

16TH MENA FINANCIAL EXPO

Dubai

07.04.2016
 

IFX

Hong Kong

26.01.2016
 

MENA 15TH FINANCIAL EXPO

Dubai

26.11.2015
 

FM SUMMIT

London

03.11.2015
 

BCN TRADING POINT

Barcelona

24.09.2015
 

FINANCIAL PARTNERS EXPO

Amsterdam

29.05.2015
 

IFX EXPO

Limassol

29.05.2015

THE MONEY FAIR SHANGHAI - 02.12.2016


FXPRIMUS akan mengadakan lawatan ke The Money Fair Shanghai di The Shanghai Exhibition bermula 2 hingga 4 Disember 2016.


Acara ini menawarkan peluang eksklusif untuk rakan kongsi dan klien bertemu dengan ahli pasukan FXPRIMUS yang berpengalaman, dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembangunan teknologi di FXPRIMUS dalam menghasilkan sebuah persekitaran dagangan yang paling efisien di dunia.


Secara keseluruhannya, kami ingin anda memahami perkara yang anda mahukan dan bagaimana kami boleh berkhidmat untuk anda dengan lebih baik.



Foto daripada acara:


 

IFX EXPO 2016 LIMASSOL - 24.05.2016

FXPRIMUS menghadiri iFX International Expo, Limassol 2016


FXPRIMUS amat berbangga untuk mengesahkan bahawa kakitangan dan pihak pengurusan kami yang terlatih akan menghadiri iFX International Expo 2016 di Spyrou Kyprianou Sporting Centre di Limassol pada 24-26 Mac. Semua rakan kongsi dan klien dari semua latar belakang dan tahap pengalaman dijemput untuk bertemu dengan ahli pasukan kami yang berpengalaman bagi mengetahui cara mereka berjaya memaksimumkan kejayaan mereka melalui persekitaran dagangan selamat kami yang memenangi anugerah. Pihak syarikat turut berbesar hati untuk melancarkan pondok terbaru yang berteknologi tinggi kami menggunakan teknologi 360 darjah dan 3D untuk memberi gambaran tentang bagaimana klien kami disokong untuk melihat pasaran pada sudut pandangan yang berbeza. Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran berteknologi tinggi kami dan capai kejayaan bersama kami.


Lawati FXPRIMUS.com/getrealwithus untuk maklumat lanjut.



PAKAI KACA MATA VR ANDA DAN KLIK UNTUK MENONTON VIDEO INTERAKTIF EKSKLUSIF KAMI


Anda juga boleh menonton video berkenaan terus menerusi persekitaran 360 darjah kami dengan mengklik pada pautan ini: https://www.vrideo.com/watch/fh4TQqa

 

16TH MENA FINANCIAL EXPO - 07.04.2016

LIHAT FOTO ACARA

Klien dan rakan kongsi di UAE dan selanjutnya berpeluang untuk bertemu dengan pegawai kanan daripada pasukan FXPRIMUS di 16th MENA Financial Expo di Dubai pada 7-8 April 2016. Di ekspo ini, kami berpeluang untuk mempamerkan pondok kami yang inovatif dan ceria bagi memberi peluang kepada para pewakilan untuk bergambar bersama Wira Manchester City mereka sempena sambutan Kempen Bertemu Wira Anda FXPRIMUS. Ketua Jabatan Penyelidikan kami yang diraikan, Marshall Gittler turut menghadiri acara tersebut dan mempengerusikan seminar popular kepada semua pewakilan ekspo dengan tema BREXIT. Pihak Pengurusan FXPRIMUS yang turut hadir dalam acara berkenaan turut berbesar hati atas peluang untuk bertemu dengan klien semasa dan klien terdahulu FXPRIMUS secara bersemuka, dan untuk mempersembahkan persekitaran dagangan selamat kami yang memenangi anugerah. Pondok kami yang sentiasa sibuk dengan pelbagai acara seminar menggambarkan perjalanan acara yang lancar, dan FXPRIMUS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur 16th MENA FFEXPO atas hospitaliti mereka. Kami juga ingin meluhurkan ucapan tahniah kepada pasukan penyelidik kami atas kejayaan memenangi anugerah sebagai Pembekal Latihan & Pendidikan Terbaik, yang bersempena dengan sambutan terhadap komitmen kami dalam pendidikan klien melalui portal pendidikan www.FXPRIMUS.com/education.


PEMBENTANGAN:

 
 

iFX - 26-28.01.2016

LIHAT FOTO ACARA

FXPRIMUS telah menghadiri iFX EXPO Hong Kong sebagai penaja utama acara berkenaan, hos bagi pasukan bola sepak terkemuka dan penyelaras seminar, dan secara keseluruhannya, acara tersebut berlangsung dengan jayanya. Pihak syarikat telah menjadi tuan rumah kepada seminar popular yang bertajuk TRUST & MISTRUST, yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Penyelidikan, Marshall Gittler, dan Ketua Jabatan Jualan & Pembangunan, Andrew Savvides. Pembentangan berkenaan dilampirkan dalam laman ini.


Sebagai hos kepada perlawanan bola sepak dinamik, para pewakilan dijemput untuk mencuba nasib mereka, untuk melakukan sepakan menuju ke dalam poket. Tahniah diucapkan kepada En Draco Ng dari AETOS Capital Group, Hong Kong kerana berjaya memperoleh tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Manchester City di Stadium Etihad yang paling popular di dunia!


Pihak pengurusan FXPRIMUS yang hadir turut berbesar hati kerana berpeluang untuk berkongsi kejayaan syarikat mereka dengan rakan, klien dan rakan kongsi baru di China, dan kami sentiasa berharap untuk bertemu lagi di Shanghai sempena Forex Investment & Innovation Summit 2016.


PEMBENTANGAN:

 
 

MENA 15TH FINANCIAL EXPO - 26.11.2015


FXPRIMUS diberi penghormatan sebagai pengucaptama, penyedia pondok pameran dan Penaja Perak dalam 15th MENA Forex Expo Dubai. Ketua Jabatan Penyelidikan kami yang baru sahaja dilantik, yang juga merupakan seorang juruanalisis kewangan terkemuka, Marshall Gittler turut menghadiri ekspo berkenaan sebagai pengucaptama dan berkongsi maklumat dalaman secara khusus bersama para pewakilan ekspo. Dalam usaha untuk menggambarkan keselamatan persekitaran dagangan FXPRIMUS yang tiada tandingan, pihak syarikat telah menawarkan peluang istimewa kepada peserta ekspo untuk peluang memenangi dana dagangan percuma sebanyak $50 sebagai hadiah alu-aluan untuk mereka menyertai dunia dagangan FXPRIMUS. Syarikat turut menawarkan peluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak oleh Manchester City kepada pemenang bertuah, di suit mewah FXPRIMUS di Stadium Etihad. Ekspo berkenaan telah berlangsung dengan jayanya, yang turut menerima Anugerah sebagai Broker Yang Paling Dipercayai! Terima kasih kepada semua yang telah mengundi kami.

 

FM SUMMIT - 03.11.2015

VIEW EVENT PHOTOS

FXPRIMUS merupakan penaja rasmi bola sepak dalam Finance Magnates Summit pada 3 November 2015. FM Summit merupakan salah satu daripada acara yang paling meyakinkan dalam industri forex, melalui forum untuk peneraju industri forex berbincang mengenai hal-hal kritikal yang mempengaruhi industri berkenaan. FXPRIMUS menjadi tuan rumah terbaik sepanjang acara berlangsung termasuklah menyediakan pondok bola sepak eksklusif dengan teknologi maya, pelancaran laman mikro pendidikan baru kami di www.fxprimus.com/education, di samping perbincangan panel yang diketuai oleh Ketua Jabatan Operasi kami, Stephen Leahy untuk berbincang mengenai industri forex. Pemenang pertandingan simulator bola sepak kami, John Bevil dari Broaridge Financial Solutions telah membawa pulang tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan Manchester City di Stadium Etihad. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan pewakilan kami.

 
 

BCN TRADING POINT - 24.09.2015

LIHAT FOTO ACARA

FXPRIMUS telah menjadi hos bagi pondok bola sepak interaktifnya serta telah mempengerusikan seminar ucaptama dalam BCN Trading Point Expo, antara ekspo kewangan paling berpengaruh di Sepanyol. Seminar bertaraf dunia kami termasuk satu sesi dagangan langsung, serta pondok bola sepak interaktif dan pelbagai barangan percuma telah berjaya menarik perhatian para pewakilan yang hadir. FXPRIMUS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pewakilan atas minat yang ditunjukkan terhadap FXPRIMUS - Tempat Paling Selamat Untuk Berdagang, dan juga kepada semua yang telah mencuba perlawanan penalti maya termaju kami. Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada pemenang yang telah memenangi tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan oleh Manchester City di Stadium Etihad, dan juga para pemenang pertandingan kami yang lain.

 

FINANCIAL PARTNERS EXPO - 29.05.2015

LIHAT FOTO ACARA

FXPRIMUS telah menghadiri Financial Parters Expo, Amsterdam serta menjadi hos kepada pondok maya interaktifnya kepada semua pewakilan. Para pewakilan berpeluang untuk merasai pondok interaktif kami dengan teknologi terkini, bagi menunjukkan bahawa kemahiran, strategi dan kejayaan dapat sebuah kombinasi yang baik antara bola sepak dan forex. Kehadiran IB, Ahli Gabungan dan Label Putih telah dialu-alukan oleh pengurus perhubungan kami yang begitu berbesar hati untuk berbincang mengenai cara untuk memperoleh manfaat sebagai rakan kongsi FXPRIMUS.


 
 

iFX EXPO - 29.05.2015

LIHAT FOTO ACARA

FXPRIMUS telah menghadiri iFX EXPO International 2015 sebagai penaja utama, pengucaptama dan penyedia pondok interaktif termaju. Pihak syarikat telah meraikan kejayaan tiada tandingan mereka sebagai penyedia pondok pameran pertama untuk menawarkan pengalaman maya interaktif di iFX EXPO. Pondok interaktif termaju berkenaan dilengkapi dengan teknologi sensor dan LED tercanggih, bagi menawarkan pengalaman dagangan termaju pernah ditawarkan oleh syarikat. Pemenang perlawanan maya telah berjaya membawa pulang hadiah bertemakan MCFC sempena sambutan FXPRIMUS sebagai penaja Kelab Bola Sepak Manchester City. Ketua Pegawai Operasi kami, Stephen Leahy turut dijemput untuk menghadiri iFX EXPO sebagai penceramah jemputan. Beliau telah berkongsi kepakaran beliau berkenaan kewangan tahap tinggi untuk membahaskan peranan kritikal Cyprus sebagai hab industri forex.


 
 

 

Harap Maklum bahawa Kawasan Ahli FXPRIMUS tergendala buat sementara waktu untuk penyelenggaraan berjadual. Anda boleh mendaftar atau log masuk seperti biasa dalam beberapa jam kemudian sejurus selesai penyelenggaran berjadual.
Amaran Risiko: Dagangan produk margin melibatkan tahap risiko yang tinggi
Amaran Risiko: Modal anda berisiko tinggi.
Harap Maklum bahawa Kawasan Ahli FXPRIMUS tergendala buat sementara waktu untuk penyelenggaraan berjadual. Anda boleh mendaftar atau log masuk seperti biasa dalam beberapa jam kemudian sejurus selesai penyelenggaran berjadual.
Amaran Risiko: Dagangan produk margin melibatkan tahap risiko yang tinggi
Amaran Risiko: Modal anda berisiko tinggi.